Thursday, January 27, 2011

Ku Hannah Damia Binti Ku Mohd Amir

27/01/2011
4.19 pagi
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.
2.48 kg.
Selamat datang ke dunia...



Tuesday, December 7, 2010

Ulasan Buku: The Kite Runner

     Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk membaca sebuah novel yang boleh dianggap hebat dan menarik. Novel ini ditulis oleh Khaled Hosseini seorang anak jati Afghanistan yang sekarang ini menetap di California, Amerika Syarikat.Novel ini mengisahkan seorang anak yang membesar di sebuah rumah di kawasan Kabul, Afghanistan.











Friday, November 19, 2010

Friday, October 1, 2010

Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke 8 Tahun 2010

Menghimpunkan Guru-guru Inovatif Melalui Perkongsian Ilmu dan Permuafakatan Dengan Pelbagai Pihak.

Antara Tajuk Kertas Kerja Yang Di Bentangkan:

1. Historical and Sociological  Dimensions In South Korea's  Education: Lessons for Malaysia's Education.
    Dr. Lee Seung Chun. Universiti Utara Malaysia.

Wednesday, August 25, 2010

Pesanan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w

Pesanan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w.



hiduplah kamu sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.




berbuatlah sesukamu
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.




cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki,
tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.


ketahuilah bahawa...


kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya


dan


kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia.



(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)



Tuesday, June 15, 2010

Effective communication (communicate effectively when you talk to yourself)





Effective Communication
(communicate effectively when you talk to yourself)

Starting from today, let us communicate effectively by adopting the following guidelines:

1. I do my BEST to expect the best from myself and get the best result in my life!
(Do or do not. there is no try. And if you do something, do your best.)

2. I Break my Limits.
(We are control by imaginary limits. Break free from your mental chains and expand your potential.)

3. I do it better and better and better ...
(Have the attitude of improving everything you are doing and your life will be excitingly different always.)

4. I Believe in myself that I can succeed.
(Begin to change by trusting in yourself)

5. I control my Energy and it's always Highhh!
(Be aware of your energy level. Sit, stand or move your body to ensure your high energy.)

6. If you can do it, so can I, the difference is in my mind.
(Don't be jealous of people's achievement or just envy their success. You can also do it.)

7. I teach myself to watch the things I am doing.
(Observe your own actions and attitude. Is it excellent or negative behaviour?)

8. I have the ability to FOCUS
(Power Concentration is having the ability to focus on what you are doing or thinking without it wandering away.)

9. It's okay to make mistake. I learn from my mistakes.
(All learning requires you to take risks and new challenges. Making mistake is part of learning. Learning from mistakes creates wisdom)

10. I am ready to response to life's challenges & opportunities.
(To move forward you have to make changes in your life. Response positively.)

11. The Power rest in me that I can choose to create my life, the way I want it to be.
(Some people are afraid of success. Decide to win. It's easier and more rewarding.)

12. I always focus on my strengths and improve my weaknesses.
(Weakness are only underdeveloped talents and abilities. Use your strengths to improve your weakness.)

13. My happy and good moments are my vitamins for living.
(Remember and treasure joyful and proud moments in your life. Think of your failures and bad experiences and you become that.)

Saturday, May 22, 2010

Blue Ocean Strategy (BOS)



Blue Ocean Strategy

Kita hidup dalam persekitaran yang semakin berubah dan pengetahuan kita harus seiring dengan perubahan semasa untuk kekal relevan dalam pekerjaan yang kita laksanakan.

Tiada perjalanan yang mudah, tiada persahabatan yang hanya dipenuhi oleh gelak ketawa tetapi kita semua merasa teruja setiap hari dalam perjalanan yang kita lalui kerana kita menyedari bahawa kita dalam misi untuk belajar dan meningkatkan pencapaian diri.

Realitinya hidup kita tidak pernah sama sepanjang masa dan sejarah telah membuktikan bahawa kita selalu tersilap membuat pertimbangan dalam keupayaan kita untuk mencipta perkara baru yang memberi kebaikan dan mencipta semula perkara sedia ada untuk menjadikannya lebih baik dan boleh dinikmati oleh semua.

Blue ocean (lautan biru) mewakili semua industri yang belum wujud hari ini.

Ia dikenali sebagai ruang pemasaran yang belum diketahui, penciptaan permintaan dan peluang utnuk pertumbuhan yang menguntungkan.

Dalam blue ocean, persaingan adalah tidak relevan sebab peraturan permainan belum ditentukan.

Value innovation (inovasi nilai) memfokuskan kepada menjadikan pesaing tidak releven dengan mencipta lonjakan dalam nilai kepada para pembeli dan organisasi anda yang seterusnya membuka ruang pasaran baru dan tidak ditandingi.

Ia berlaku hanya dalam keadaan di mana inovasi organisasi diiringi oleh kedudukan prasarana, harga dan kos.

Menunjukkan cara membentuk semula batasan-batasan pasaran

Memfokuskan kepada gambaran yang besar

Melangkaui permintaan sedia ada

Mendapatkan urutan strategi yang betul

Mengatasi halangan organisasi

Membina pelaksanaan menjadi strategi.

The Starbucks experience : 5 principles for turning ordinary into extraordinary

1. make it your own (buat macam hak sendiri)

2.everything matters (semua perkara penting)

3.surprise and delight (mengejutkan dan menyenangkan)

4.embrace resistance (terbuka terhadap kritikan)

5. leave your mark (tinggalkan jejak anda (penanda aras) )

Bagaimana Starbucks Coffee mengembangkan bisnesnya

Jika kita melihat kembali kepada batasan-batasan konvensional persaingan yang dipaparkan oleh W.Chan Kim dan Renee Mauborgne (Blue Ocean Strategy):

Path 1 : across alternative industries
Path 2 : across strategic groups within industries
Path 3 : across the chain of buyers
Path 4 : across complementary product and service offerings
Path 5 : across functional or emotional appeal to buyers
Path 6 : across time

Menempatkan Starbucks Coffee pada path 5: across functional or emotional appeal to buyers sebagai perusahaan yang dengan gemilang mengubah perniagaan kedai kopi sebagai komoditi menjadi daya tarik emosional bagi para pelanggannya. Dengan layanan terbaik, persekitaran kedai kopi yang nyaman serta “sentuhan” khas Starbucks lainnya sehingga menjadikan harga kopi sebagai komoditi (biji kopi) yang berharga berkali ganda tingginya dan mampu dibayar oleh para pelanggannya.

MARKAH UJIAN LEJAR 5 IDRIS AL-MAAD

MARKAH UJIAN LEJAR 5 IDRIS AL-MAAD

1. FAUZAN BIN MOHAMMAD 10/10
2. MOHD SHUKRI BIN DAUD 10/10
3. AHMAD MAHFUDZ BIN ABDULLAH 10/10
4. MOHD MUSLIM BIN ISA 10/10
5. MOHAMMAD FADLAN AINON BIN MOHD FADZY 10/10
6. MOHAMAD NAJMI BIN ISMAIL 10/10
7. MUHAMMAD ABQARI 9.5/10
8. AMMAR BIN MOHD FISUL 9.5/10
9. ARIEF MUSA 9.5/10

10.MUHD SYAUQI BIN ISANUDDIN 9/10
11.MOHAMAD FATHULLAH BIN AZIZAN 9/10
12.MOHAMAD FATHURAHMAN BIN AZIZAN 9/10
13.MOHAMAD SAUFFI BIN SUID 8.5/10
14.HAZAMIL FARZAN BIN MUSTAPA 8.5/10
15.KHAIRUL AFIFI BIN ROSLI 7.5/10
16.MUHAMMAD NASEEM BIN HJ. MOHD RODZI 7/10

Wednesday, May 12, 2010

Wan Aishah married



LANGKAWI: Wan Aishah Nawawi, the seventh-generation descendant of the legendary Mahsuri, is here on the island, which was once home of her famous ancestor.

The 23-year-old returned to the island in conjunction with her wedding reception for her relatives scheduled to be held today.(24 April 2010)

Wan Aishah married 27-year-old tourism industry entrepreneur Alee Tongyun at her hometown in Phuket last month.

"It is good to be back. My husband and I can't wait to meet our relatives here on the island.

"We are also excited for the coming wedding reception."

The newly-wed couple, who were accompanied by 49 relatives and friends from their hometown, arrived at the Kuah jetty at 3.30pm on Thursday.


Among those who joined the entourage were her father Nawawi Wan Hashim, 46, her mother Sumaini Yaji, 46, and her 72-year-old grandfather Wan Hashim Wan Hussain.

Wan Aishah said she would not apply for a Malaysian citizenship and would continue to stay in her hometown at Kampung Kemala in Phuket.

"I love the island. It is beautiful. However, I would continue to stay in my hometown with my husband and my family."

On the wedding reception here, the couple would attend a feast at Kota Mahsuri in the afternoon.

Another reception would be held in the evening at Tourism Complex in Kuah.

She made the headlines when she and seven other Mahsuri descendants from the fifth and seventh generations set foot on the island 10 years ago.

It was said that her return would mark the lifting of a curse on the island.

According to legend, Mahsuri cursed the island with bad luck for seven generations after she was executed for alleged adultery.

Sunday, March 28, 2010

Cerpen: Siti Maisara

Alexandria, Egypt.
Alexandria, Egypt.

Bukit Keteri, Perlis, Malaysia.



Tanggal 13 mac 2006.

Aku tersedar seakan dari lena yang panjang, jam di dinding bilik hotel regency iskandariah menunjukkan pukul 2.15 pagi . suasana sungguh sepi hanya kedengaran sesekali tiupan angin kencang yang menghempas kaca jendela di bilik hotel ditingkat tujuh yang mengadap ke lautan Mediterranean yang luas terbentang itu. Rasa sejuk menggigil ke seluruh tubuh, aku melihat di sebelah ku isteriku sedang nyenyak tidur dan sesekali bunyi dengkurannya mencuit hatiku, manakala di katil satu lagi dapat ku amati putera-puteraku adel, ijat dan afif juga sedang enak di buai mimpi indah. Aku tersenyum sendirian sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang maha esa kerana telah memberikan aku sebuah keluarga yang cukup membahagiakan hatiku dan kesyukuran ini juga aku panjatkan kerana azamku untuk membawa ahli-ahli keluargaku melawat bumi Mesir tempat isteriku belajar (Universiti Al-Azhar) terlaksana sudah.

“tut, tut,tut, tut” lamunanku terhenti seketika, bunyi jeritan telefon bimbitku benar-benar menyentak lamunanku yang indah. Aku bingkas mencapainya dan terus meletakkan ke corong telinga kananku, “ hello, assalamualaikum” ujar ku ringkas.. “ waalaikum salam, cikgu rosli ke ni” balas suara itu. Aku seakan kenal suara itu, suara yang mengisi hari-hari pentingku di kelas 6 atas di sekolah menengah bukit keteri. “ ya, saya” balasku. “cikgu, saya maisara, dari mata ayer, saya nak beritahu “ ujarnya. “Oh kamu maisara, cikgu di iskandariah ni, tengah bercuti bersama keluarga” “ saya tau cikgu, sir husni yang bagi tau saya yang cikgu pergi bercuti ke mesir waktu ni,” balasnya lagi. “ cikgu bukan apa, takut mahal pulak caj telefon kamu tu kerana jarak kita jauh” balasku membuat perhitungan dari segi kos. “tak pa cikgu, saya nak ucapkan terima kasih pada cikgu kerana telah memberi dorongan kepada saya sehingga saya Berjaya mendapat keputusan yang baik dalam stpm 2005 yang baru diumumkan hari ini, saya dapat 3.49 cikgu”…..”oh tahniah maisara, memang cikgu dah agak yang kamu dan aree akan mendapat keputusan yang sebaik ini” ujarku lagi …” saya juga dapat keputusan A cikgu dalam mata pelajaran pengajian perniagaan”…”ohhh, kamu dah tambah kegembiraan cikgu, tahniah sekali lagi, tunggulah cikgu balik nanti , cikgu akan panggil kamu ke sekolah untuk terima hadiah yang cikgu dah janjikan”..tambahku lagi.. “hehehe..tak pa lah cikgu, yang penting cikgu dah mendidik saya, tapi kan cikgu saya hanya dapat A tolak untuk kertas 1 manakala untuk kertas 2 saya hanya dapat B tambah”….balasnya…”tak pa lah, maisarah, kan cikgu dah janji pada kamu semua, kalau dapat A tolak pun cikgu nak bagi hadiah juga iaitu RM50 seorang” ujarku sambil memberikannya keyakinan…”kalau macam tu tak pa lah cikgu, bila cikgu nak balik” balas kinmaisara… “tunggulah cikgu ke sekolah, cikgu akan telefon nanti” “saya minta diri dulu ya cikgu, assalamualaikum” akhir kata dari maisara “waalaikum salam” balasku.

Pada saat itu aku merasakan mahu saja aku mengejutkan isteriku yang sedang enak diulit mimpi itu bagi menceritakan berita gembira ini , tapi atas pertimbangan akan keletihan dia menjaga anak-anak disepanjang program lawatan yang agak padat di sebelah siang tadi menyebabkan aku mendiam kan diri….aku bingkas bangun dan menuju ke jendela, suasana musim sejuk tiba-tiba saja bertukar panas dan membakar semangatku, ku lihat di kejauahan laut mediteranean begitu tenang sekali dengan sesekali kedengaran desiran ombak dan bunyi deruman kenderaan yang memecahkan kesyahduan malam. “Yes, yes, yes, aku dah Berjaya mengubah seorang manusia” ujarku secara bermonolog…perjuanganku sebagai guru harus diteruskan….

18 Mac 2006.

aku tersedar dari tidur, lantas ku capai telefon bimbit dan kulihat waktu sudah menunjukkan jam 6.15 pagi, ohhh dah masuk waktu solat subuh ni, keluhku agak keletihan kerana mengalami fenomena jetlag sebaik pulang dari bumi Mesir yang menyaksikan pelbagai sejarah manusia dari peristiwa nabi Yusuf dan Zulaikha dan pembukaan bandarraya iskandariah oleh Alexander The Great pada tahun 331 sebelum masihi. Sudah 2 malam kami sekeluarga pulang ke Malaysia, namun aku dan keluargaku masih tak boleh memejamkan mata sebelum jam 3.00 pagi…mungkin juga keletihan kami bertambah dengan jadual penerbangan yang agak rencam pesawat Gulf Air yang membawa kami pulang yang singgah di Bahrain, Muscat, Bangkok dan Kuala Lumpur sebelum menaiki penerbangan domestic terakhir ke Alor Setar.

hari ini merupakan hari yang indah buatku, aku mahu menemui seorang pelajar yang telah mencapai kejaayaan yang ku anggap cemerlang dan paling manis dalam sejarah aku bertugas sebagai guru pengajian perniagaan di kelas 6 atas dan sepanjang aku menjadi setiausaha peperiksaan stpm yang bermula pada tahun 2003. Siti maisarah binti Ismil, aku ingat namanya, aku juga mengenali watak dan perwatakannya. Seorang gadis manis berkulit sawo matang dan sesekali apabila bercakap selalu saja dengan nada yang bersemangat dan sering juga menguji kesabaranku sebagai gurunya ketika aku mendidiknya di tingkatan 4 dan 5 bestari dalam mata pelajaran yang paling tidak digemarinya iaitu Prinsip Perakaunan.

7 Ogos 2003

“cikgu, saya tak suka prinsip akaun” tegasnya…aku tersenyum tawar….dalam hatiku berkata…lancang sungguh budak ini berkata-kata, belum pernah dalam sejarah kerjayaku sebagai seorang guru sejak bulan disember 1990 diuji dengan kata-kata begitu. Aku menahan perasaanku sambil berpura-pura senyum lalu berkata “ermm, kenapa kamu tak suka mata pelajaran ini?” ujarkan meminta penjelasannya…”cikgu, saya tak suka prinsip akaun kerana mata pelajaran ini melibatkan angka-angka dan pengiraan” getusnya…”oh, begitu, ermm sebenarnya kamu harus focus dan cuba untuk memahami mata palajaran ini, kerana pencapaian kamu dalam pmr telah membolehkan kamu terpilih untuk masuk ke kelas cikgu” “oleh kerana waktu pepeksaan spm dah makin hampir, cikgu nak nasihatkan kamu supaya cuba memupuk minat dan kalau kamu ada apa-apa masalah, segeralah berjumpa dengan cikgu” ujarku sebagai nasihat “ermm, baiklah cikgu, saya akan cuba walaupun saya tak la minat sangat dengan angka-angka ni” balasnya ringkas sambil tangan kanannya menyentuh telinganya seakan tidak mahu membenarkan aku meneruskan kata-kata lagi. Aku tersenyum dan beredar ke meja pelajar yang lain untuk menyemak kerja-kerja bertulis yang mereka sedang jalankan. Kubiarkan maisara membuat penelitian terhadap kebenaran kata-kataku.


Sepanjang aku menjalankan tugasku sebagai guru, segala peristiwa pahit dan manis telah kukunyah dan k u telan. Namun begitu aku tabahkan hati menempuh segala rintangan dan halangan. Aku masih ingat kata-kata kata-kata Hamka “ jika hari ini hujan berterusan , maka janganlah berdukacita kerana mungkin esok hujan akan berhenti dan sinar mentari akan memancar indah “. Aku sedar bahawa tiada satupun yang kekal , dan baik dan buruk sesuatu kejadian itu adalah terletak pada penilaian seseorang individu itu sendiri. Masih terngiang-ngiang ditelingaku lirik lagu lama “the end of the world “ nyanyian kumpulan Carpenters..yang berbunyi…

Why does the sun go on shining?
Why does the sea rush to shore?
Don't they know it's the end of the world
`cause you don't love me anymore?

Why do the birds go on singing?
Why do the stars glow above?
Don't they know it's the end of the world?
It ended when I lost your love.

I wake up in the morning and I wonder
why ev'rything's the same as it was.
I can't understand, no I can't understand,
how life goes on the way it does!

Why does my heart go on beating?
Why do these eyes of mine cry?
Don't they know it's the end of the world?
It ended when you said good-bye.

Inilah antara lagu yang selalu aku mainkan ketika aku bersendirian dikamar sepi sebagai seorang guru bujang ketika mengajar di sekolah menengah kuala bakung di kedah dan ketika mengendalikan program perkhemahan kelab bimbingan dan kaunseling ketika aku menjadi kaunselor selama 2 tahun di situ. Pengalaman banyak mengajar aku supaya bijak menilai situasi dan selalu bertindak dengan pantas bagi menangani segala permasalah hidup khasnya yang berkait dengan tugasku sebagai seorang guru yang selalu berdepan dengan kerenah pentadbir, rakan-rakan guru yang tidak memahami dan juga pelajar yang masih belum menemui celik akal bagi melaksanakan tugasan menurut hala tuju yang sepatutnya. Meskipun begitu,aku membuat kesimpulan bahawa dengan apa yang kulalui selama tempoh hampir 10 tahun di sekolah menengah bukit keteri ini sebagai suatu tempat yang tepat yang cukup membantuku menjalankan tugas mendidik anak bangsa dengan kerjasama yang erat dari rakan-rakan sekerja yang menahami, kakitangan pejabat yang mesra dan suka menolong dan juga para pentadbir yang sangat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Aku juga sedar bahawa dalam menjalani kehidupan, aku tidak seharusnya tunduk pada tekanan dan tafsiran orang lain terhadap apa yang aku harus lakukan. Maklumat dan pengetahuan adalah penting akan tetapi seseorang guru itu harus punya jatidiri dan memahami dirinya sendiri sebelum ia dapat memahami orang lain di sekelilingnya. Inilah hikmahnya aku mendekati bidang psikologi dan kaunseling sebagai bidang minor semasa aku masih menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada waktu rakan-rakanku sibuk menimang anak, aku pula Berjaya menimang segulung ijazah dengan pengkhususan dalam bidang perakaunan. Aku tersenyum sendirian, aku puas dengan pencapaian ini.

Kehadiran maisara di kelasku benar-benar menguji kesabaranku. Jika semua pelajar lelaki yang nakal pun dapat kutakluki hati mereka, namun dengan maisara aku macam seorang doctor yang sibuk membuat penilaian terhadap pesakitnya. Tak tahu apa yang patut ku lakukan untuk menjerat hatinya untuk meminati mata pelajaran yang ku ajar. Aku teringat pesan seorang ustaz semasa aku masih dibangku sekolah, katanya “rosli, kamu mungkin dapat memilih apa yang kamu nak makan dan minum dengan izin Allah SWT, akan tetapi kamu terpaksa menerima segala pakej yang dibekalkan kepada kamu ketika menjadi seorang pemimpin” jelasnya secara bersahaja. Aku termanggu sendirian dan aku sedar bahawa kata-kata itu memang benar malah ia mencakupi persoalan yang lebih luas iaitu pelajar yang kuhadapi di dalam kelas dan juga sebuah rumah tangga yang aku bertindak sebagai pemimpinnya.

28 julai 2005

Hari itu keputusan Muet pertengahan tahun diumumkan. Jam 9.10 pagi aku Bersama dengan sahabatku husni iaitu guru muet di tingkatan enam atas berkereta ke jabatan pelajaran negeri perlis. Sesampainya di sana aku terus menuju ke kaunter hadapan unit peperiksaan jpn perlis untuk mengambil keputusan peperiksaan muet yang diletakkan dalam satu sampul besar yang memerlukan aku menandatanganinya . Aku mencapai sampul sambil diperhatikan oleh encik Isa sebagai pegawai meja di unit berkenaan, dari jarak 2 meter husni memerhatikan gelagatku seakan hilang kesabarannya untuk mengetahui pencapaian anak didiknya yang sangat dikasihinya…sebaik saja sampul dibuka, aku dan husni terpaku seketika kemudian kami seakan bersorak kegembiraan apabila melihat pelajar kami yang bernama Siti Maisara binti Ismil Berjaya mendapat Band 4 dan diikuti oleh 3 orang lagi mendapat band 3 dan selebihnya band 2 dan band 1. Aku terus mengucapkan tahniah kepada husni. Kebolehannya berbahasa inggeris dan bahasa tamil benar-benar menarik hatiku. Selepas itu kami beredar ke sebuah kedai untuk membuat 5 salinan keputusan peperiksaan berkenaan sebelum menyerahkannya kepada para pelajar di sekolah selepas jam 10.00 pagi.

Sesampainya kami di sekolah, aku membawa keputusan tersebut untuk menemui pengetua dan menyampaikan berita gembira itu. Kulihat wajah pengetua tersenyum riang sama seperti wajah husni sebagai guru yang mengajar muet sambil meneliti senarai keputusan berkenaan.”Tahniah, kepada cikgu rosli dan cikgu husni dan semua guru tingkatan enam “ ujar cikgu Ahmad yang tidak banyak bicaranya itu. “Terima kasih cikgu “ balasku ringkas. Aku terus keluar dari pejabat dan aku menyerahkan keputusan itu kepada husni untuk menyampaikan keputusan muet pertengahan tahun kepada para pelajar 6 atas yang kelihatan tidak sabar-sabar dan berdebar-debar untuk melihat pencapaian mereka dan setia menanti sejak sekian lama di hadapan bilik peperiksaan di tingkat bawah bersebelahan bilik kaunseling .

8 Ogos 2005

“ada tujuh tabiat orang yang berkesan menurut Steven R. Covey dalam bukunya yang bertajuk “the seven habit of highly effective people”…kuliahku dihadapan 19 orang pelajar di tingkatan enam atas. Hari ini aku mengajar mereka mengenai bab terakhir dalam mata pelajaran pengajian perniagaan kertas 1 iaitu kemahiran pengurusan. Para pelajar kelihatan menulis sesuatu dibuku catatan masing-masing. “para pelajar sekelian, apakah tabiat yang pertama?” soalanku secara terbuka . Seorang pelajar berbangsa thai mengangkat mukanya seperti ada keyakinan untuk menjawab . aku terus memintanya menjawab “ Ya, aree”…”sifat proaktif cikgu” “ betultu” ujarku….”baiklah, siapa yang boleh memberikan maksud proaktif”…” bagaimana dengan kamu,maisara”….aku memandang tepat kea rah maisara yang duduk dibaris ke dua di tepi tingkap . Maisara yang seakan terkejut dari lamunan mimpi yang panjang itu agak tersengih-sengih dan meminta aku mengulang soalan….”minta ulang soalan cikgu” ujarnya seakan kehairanan…aku membiarkan dia tanpa membuat sebarang ulasan dan aku menyebut sekali lagi “ apa maksud proaktif?” dia bangun lantas seperti cuba mengingat akan mentera yang bakal dibacakan…”proaktif maksudnya membuat sesuatu yang difikirkan perlu dan patut tanpa perlu diarah oleh sesiapapun” jawabnya dengan penuh keyakinan dan kelihatan matanya yang terus memandang tepat dan tajam kea rah ku…”bagus maisara, tepat sekali kelas maksudnya”…ujarku sambil memujinya. “kamu boleh duduk maisara, cikgu kagum dengan perubahan sikap kamu”

Sambil berjalan menghampiri mejanya aku berkata “ cikgu nak ucapkan tahniah kerana kamu mendapat Band 4 dalam peperiksaan muet pertengahan tahun pada minggu lepas” “terima kasih cikgu, saya juga tak menyangka yang saya akan mendapat keputusan sebegitu, “ ujarnya…”bukan senang nak dapat band 4 tu maisara, cikgu harap kamu lebih focus pada mata pelajaran kamu dan cikgu harap kamu akan dapat menunjukkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan percubaan stpm pada bulan ogos nanti dan seterusnya” …”ya cikgu, saya juga berharap supaya cikgu membantu saya untuk Berjaya mendapat keputusan yang baik sebab saya memang nak masuk universiti pada tahun depan” tambahnya. “ baguslah begitu, sebagai guru cikgu akan bantu kamu sebaik mungkin tapi apa-apapun semuanya bergantung kepada usaha dan semangat kamu sendiri, cikgu masih ingat lagi masa kamu di tingkatan 5, kamu tak minat pelajaran cikgu sebab kamu kata kamu tak minat angka, tapi sekarang ini dah berubah, dalam mata pelajaran pengajian perniagaan ini lebih kepada fakta dan kalau kamu tak minat pada soalan pengiraan, kamu boleh pilih soalan lain”…ujarku panjang lebar..”ya , cikgu, keputusan muet baru-baru ini benar-benar mengubah saya, mulai hari saya mendapat keputusan itu, saya jadi berubah dan saya sekarang benar-benar nak berusaha supaya dapat gred 3.00 ke atas untuk dapat masuk universiti bagi kursus tesl” balasnya lagi..aku seakan tidak percaya , badanku seakan terkaku seketika, pelajar yang selama ini banyak mencuri masa jagaku untuk memikirkan gelagatnya dah berubah hanya kerana sehelai kertas yang tercatat “band 4”…syukur Alhamdulillah bisik hati kecilku…maisara telah berubah, dia benar-benar dah berubah dan celik akal. Dia tahu arah tujuannya selepas ini.”Insyaallah maisara, cikgu akan membantu kamu” ujarku ringkas dan mulai beredar ke hadapan kelas, “terima kasih, cikgu” ringkas sekali balasnnya dengan senyuman manis terukir dibibirnya.

15 februari 2008

Aku berada di kantin sekolah, seperti biasa sambil menghabiskan makanan yang terhidang di pinggan aku mengambil masa membelek naskah akhbar bersaiz kecil yang dilanggan oleh pengusaha kantin. “tak ada berita ilmiah langsung akhbar macam ini” ujarku secara bermonolog…dalam hatiku berkata macam mana rakyat Malaysia nak ilmiah kalau semua bahan bacaan yang mereka gemari hanya sekadar memuatkan bahan politik berebut kuasa, tahyul, sensasi dan gossip saja…ini pun percuma kalau kat rumah tak mahu aku membacanya…


“Assalamualaikum, cikgu” terdengar satu suara wanita..dari bahagian hadapan kantin yang biasanya menjadi tempat makan pekerja wanita sambil membicarakan soal-soal pendidikan anak-anak, resepi masakan ciptaan dan inovasi sendiri sehinggalah masalah pelajar di dalam kelas. “ Waalaikum salam” balasku spontan sambil menoleh kearah belakang….”oh maisara, bila kamu balik cuti” balasku sambil berjalan menuju ke arahnya. Dia tersenyum lantas menceritakan tentang pencapaiannya yang Berjaya mendapat anugerah senarai dekan sambil mengeluarkan slip keputusannya yang terakhir semasa di Universiti Malaya dan dengan bangganya menunjukkan kepadaku sebagai satu bukti kebenaran kata-katanya.Katanya dia dalam cuti dan akan kembali ke universti untuk tempoh satu tahun lagi sebelum menamatkan pengajian. Tujuan dia datang ke sekolah ialah kerana nak menemui guru-guru yang mengajarnya sebelum ini untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka. Aku ingin membelanjanya makan, tapi dia seperti keberatan menerimanya lalu aku mengambil wang sebanyak RM10 dan kuhukurkan kepadanya bingkas mengeluarkan rm10 sebagai tanda ingatan dari seorang guru yang amat kagum atas perubahan sikap dan pencapaian yang amat membanggakan dari seorang pelajar yang tidak punya haluan yang jelas semasa ditingkatan 4 dan 5 berubah menjadi pelajar yang gigih dalam tempoh 4 bulan terakhir sebelum peperiksaan sebenar STPM 2005 bermula. Siapa sangka seorang pelajar dari sebuah sekolah harian biasa seperti ini mampu menyaingi dan berdiri sama tinggi dengan para pelajar dari seluruh pelusuk tanah air yang berhempas pulas bagi mendapatkan segulung ijazah sebagai passport untuk kehidupan yang baik pada masa hadapan.Inilah antara kenangan paling manis buat aku dan rakan-rakan di sekolah menengah bukit keteri seperti dyamim, badrul hisham, jamilaton, norashiraliza, khoiron nor, zakri, husni dan azifah. Teruskan perjuangan kalian kerana kita tak pernah sunyi dari kisah suka dan duka yang silih berganti dan dengan keihlasan bertugas semua yang indah akan dapat dinikmati bersama.

Hari ini hari bersejarah buatku. Kenanganku bersama pelajar bernama maisara terpahat kekal diingatan. Ia adalah menjadi bukti bahawa sesiapa pun mampu berubah dengan perubahan minda dan celik akal dan dengan izin Allah SWT. Sesekali aku berseloroh di dalam kelas bila teringat akan kisah aku dan maisara. Pada jamuan akhir kelasnya yang dibuat dirumahku, maisara ada membawa sebilah kapak sebagai alatan untuk memotong arang bagi membakar ayam dan ikan sebagai hidangan jamuan pada hari itu. Kapak itu tertinggal dirumahku selepas jamuan berakhir dan apabila aku menghubunginya , dia meminta ku menyimpan sebagai tanda kenangan . jadi apa yang dihadiahkan kepadaku adalah sebilah kapak yang mana menuntut kesepaduan tindakan , ketepatan hentaman dan ketajaman akal fikiran untuk menghayunnya kea rah sasaran bagi membuahkan hasil. Samalah caranya dengan menghadapi kerenah pelajar yang mungkin berpuluh kali lebih keras dan sukar seperti maisara suatu ketika dahulu.

Aku tersenyum riang sambil mengatur langkah yang kemas menuju ke kelas 6 atas dan aku berharap dan berdoa semoga dapat menghasilkan ratusan pelajar sehebat maisara dalam kerjayaku sebagai seorang guru kecil di sebuah sekolah yang besar . Aku harus akur dengan kemampuanku dan aku juga terpana dengan keghairahanku memburu kejayaan dalam tempoh masa yang makin berkurangan. Aku mendongak ke langit, ku lihat sekawan burung bangau sedang berterbangan menuju ke arah bukit keteri yang kelihatan seperti menara kembar yang berdiri teguh sejak dahulu sehingga kini. Jika bukit itu mampu bercerita, nescaya ceritanya ialah mengenai kisah para pelajar yang saban tahun datang menuntut ilmu di lembah ini dan bila tiba musimnya mereka akan bertebaran di atas muka bumi ini seakan beburung yang berterbangan pada waktu pagi untuk mencari sesuap rezeki . Dedaun kering berguguran di musim kemarau ini dan musim hujan akan tiba juga dengan tumbuh suburnya daun-daun hijau yang baru sebagai pengganti.


Rosli bin Hamid
Jejawi, Perlis.
4.00 pagi, 6 Mac 2010