Friday, October 9, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua











Agak tidak terlalu lewat rasanya bagi saya untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin kepada semua rakan dan ahli keluarga jauh dan dekat....



Aidil fitri kali ini datang bersama sedikit perubahan dalam jadual hidup saya ....antaranya kehadiran sebegitu banyak sms yang mengucapkan ucapan hari raya dari rakan-rakan lama, ahli-ahli keluarga yang jauh dan dekat , para pelajar dan bekas pelajar. Ini menjadikan saya merasa cukup terharu atas penerimaan mereka terhadap kehadiran saya . Oleh kerana ketibaan sms itu agak banyak dan saya sendiri mempunyai banyak perkara yang hendak dilakukan pada hari sebelum raya , hari raya dan hari selepasnya, maka saya cuba membalas setiap sms itu sedikit demi sedikit pada lewat malam. Walau bagaimanapun seandainya ada sms anda yang tidak terbalas maka saya dengan ini memohon maaf atas ketidakmampuan saya untuk membalasnya.

Satu daripada keistimewaan aidilfiri kali ini ialah kesempatan bagi saya sekeluarga untuk berkumpul, berjumpa dan beramah mesra dengan semua ahli keluarga yang jauh dan dekat. Peluang seperti ini agak jarang ditemui kerana kesibukan tugas saya dan isteri saya pada setiap hari dalam sepanjang tahun. Dulu saya fikir kalau jadi guru tak lah sesibuk sekarang ..tapi tanggapan saya nampaknya meleset dan salah....meningkatnya usia dan tempoh perkhidmatan saya sebagai seorang guru (begitu juga dengan isteri saya) menjadikan tempoh 24 jam kami dalam satu hari dipenuhi dengan banyak agenda kerja berbanding dengan agenda keluarga dan peribadi. Peluang kali ini juga saya gunakan untuk mengemaskini maklumat tentang ahli-ahli keluarga, beramah mesra dan yang lebih bermakna ialah semuanya diajak ke kedai gambar dan bergambar bersama.

Suatu perbandingan yang agak ketara yang saya dapat perhatikan di antara sambutan hari raya pada masa dulu dengan masa sekarang ialah kalau dulu sambutan hari raya lebih kepada pada hari raya pertama , kedua dan ketiga saja dan sambutannya dibuat secara sederhana dengan hidangan ketupat, lemang, rendang dan kueh mueh....tetapi sambutan hari raya pada masa sekarang nampaknya lebih lama (sampai sebulan) dari dulu-dulu dan kewujudan trend membuat rumah terbuka pada hari-hari terluang terutamanya pada hujung minggu. Inilah bezanya antara cara kita menyambut hari raya dulu dan sekarang....dan pastinya bila ada rumah terbuka, hanya tetamu yang diundang sahaja yang boleh hadir....tak macam dulu-dulu yang mana...mana-mana rumah pun yang ada di kampung yang membuka pintunya kepada tetamu ..kita boleh singgah dan masuk....

Pada saya semuanya baik dan setiap sesuatu perkara yang berlaku biasanya dilakukan dengan alasan-alasan yang tertentu....

...tapi mohon izin saya menegur segelintir masyarakat di kawasan perumahan yang kerapkali menjemput rakan sekerja dan ahli keluarga ke rumah terbuka mereka sampai kereta memenuhi satu kawasan perumahan ...TETAPI...mereka tak jemput pun jiran yang terdekat dalam kawasan perumahan yang sama....tak elokla macam tu....Islam tak menyuruh kita buat macam tu...kenapa dalam masa kita bergembira bersama orang-orang yang kita suka dan sayangi ..dan dalam masa yang sama kita telah mengecewakan dan merosakkan hubungan antara jiran terdekat....kita bukan budak-budak ..kalau budak-budak bolehla kita kata "saya nak kawan dengan awak...saya tak mau kawan dengan A, B dan C"...kita orang dewasa...tindakan kita juga haruslah bersikap dewasa juga...kalau rasa-rasa budget lari dengan menjemput jiran terdekat ...eloklah tangguhkan saja majlis rumah terbuka tu ...tunggu sampai duit cukup baru buat...jangan kita rosakkan hubungan dengan jiran-jiran yang diam dan menilai tindakan kita setiap masa....hehehe...banyaklah perkara kalau saya nak tegur pasal perangai jiran-jiran di kawasan perumahan yang mewah ...antaranya kalau kita buat kenduri...nak pergi jemput mereka pun rasa bersalah...kerana yang keluar adalah isterinya saja..suami tak keluar pun ...akhir cerita kenduri berjalan...cumanya jiran yang kita jemput tadi tak nampak batang hidungpun...nak kata tak ada di rumah ...ada...kereta ada...lampu di rumah terpasang....hehehe..banyakla alasan kau....

akhirnya rosli dan isterinya siti mahaya membuat satu ketetapan ...kami jarang-jarang nak buat kenduri kerana.....
.. kesukaran nak ajak jiran terdekat datang ke rumah (bukan semua)....
..anak-anak kami yang semuanya lelaki belum cukup bersedia menerima tetamu yang ramai dalam tempoh masa yang panjang....(banyak kerenah)

kami juga membuat ketetapan bahawa:
..seboleh-bolehnya kami akan cuba hadir pada setiap kali dijemput ke majlis kenduri atau rumah terbuka oleh jiran terdekat atau jauh (menghargai keramahan dan sikap terbuka jiran untuk menjemput kami sekeluarga)...

Buatlah 1000 kebaikan di hari yang mulia ini tapi dalam pada itu cubalah elakkan satu kesilapan yang mungkin berlaku hanya kerana kealpaan kita menghalusi hati dan perasaan jiran....jom kita pi rumah terbuka.....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua.

1 comment:

  1. selamat hari raya abah..maaf zahir dan batin..kali ni versi alam maya pulak..
    hak rumah terbuka..x smua org nak pegi rumah terbuka dan nak buat rumah terbuka pon agak payah bgi sesetgh org...tiap org bnyk kerenah dan kekangannya..

    ReplyDelete

tulislah apa saja yang bermakna buat semua yang membaca...