Friday, August 21, 2009

Kali Pertama Sampai ke Indonesia


Padang dan Bukit Tinggi: Antara Satu Rumpun Satu Agama Dari Perspektif Rakyat Malaysia

Friday, 12 June 2009 at 11:02 Edit note Delete
Tanggal 7 jun 2009 buat kali pertamanya dalam hidup saya dapat menjejakkan kaki ke Bumi Minangkabau tanah kelahiran Hamka, Dr. Hatta dan Tan Malaka....rasa terkejut juga melihat keadaan di lapangan terbang yang sedikit berbeza dengan apa yang terdapat di LLCT dan KLIA yang serba canggih itu. Sesampainya kami ke lapangan terbang Padang...saya perlu mengisi 15 helai borang bagi mewakili 5 orang ahli keluarga yang dibawa bersama...punyalah susah nak masuk ke Indonesia rupanya...masa dlm penerbangan saya tak sempat isi borang selengkapnya kerana agak sibuk bersarapan pagi bersama anak isteri kerana kami menaiki penerbangan dari LCCT seawal jam 7.50pagi...(kos sarapan pagi kami berlima ialah RM61.00...penerbangan Airasia agak selesa dan layanan pramugarinya agak profesional...tidak hairanlah mereka mendapat anugerah antara penerbangan sejenisnya yang terbaik di dunia.oleh SKYTRAX cuma kemudahan di LCCT yang agak tidak selesa bagi kanak-kanak dan warga emas...satu lagi skirt pramugari airasia agak singkat dan tak menggambarkan budaya negara Malaysia...yang lain-lain saya bagi B+)Tiada ucapan selamat datang mahupun senyuman terukir pada bibir pegawai imigresin yang memeriksa pasport kami...orangnya kacak macam ariwobowo..tapi bermuka selamba...lepas siap dicop dan pasport anak-anak saya diperiksa satu persatu...pihak agensi pelancongan siap menanti..dan beg kami mula dibawa masuk ke dalam bas yang siap sedia menunggu...panasnya bumi padang ni...macam di padang arafah masa musim panas...Dengan bantuan guide , pembantunya dan pemandu..kami dibawa menuju ke Bukit Tinggi...mata saya masa tu sibuk memandang keluar tingkap bas dan memerhati keadaan semak samun dan rumah-rumah kampung di sepanjang perjalanan...rasa2 macam saya berada di tahun 1980an di Malaysia....Pak Zainal yang menjadi guide sungguh peramah dan mudah mesra...kami berhenti bersarapan di sebuah restoren yang agak besar dan serba lengkap...saya sempat menjamah sekeping kuih yang dibuat daripada tempeh..dan minum segelas jus apple (rasanya berbeza dengan di malaysia sebab ada susu di dalamnya)..manakala isteri sibuk bawa anak-anak pergi lap badan dan tukar baju baru (semalaman di malaysia kami tak dapat tidur sempurna kerana bas yang kami naiki tiris sana tiris sini...lewatnya bas tu bertolak menyebabkan semua penumpang tak ada masa langsung untuk mandi dan pemandunya pula asyik mengejar masa..untuk sampai ke LCCT..apalah nasib...kali pertama ikut serta dalam lawatan CIK KIAH jadi begini..sabar saja lah).....kepala rasa pening-pening sikit...panasnya dalam bas sebab corong penghawa dinginnya tak boleh dihalakan kepada penumpang yang berada di tempat duduk penumpang di tengah dan di balakang....badan dah melekit-lekit sebab tak mandi sepanjang hari.....aduh......nasibku sibapa beranak 3......Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa hampir 3 jam...menyusuri jalan yang melalui kampung-kampung di Pariaman (yang merupakan pembekal utama kelapa kepada seluruh Indonesia)...rumah-rumahnya kecil tapi banyak kelihatan masjid dan surau yang kubahnya hampir serupa....(kalaulah penduduk di sini pernah sampai ke Malaysia..tentu dalam hati mereka berkata "waduh pak kaya benar penduduk Malaysia ya...mobilnya banyak ..jalannya besar dan luas ..rumahnya aja persis istana"...)....kami singgah ke satu tempat yang bernama Lembah Anai yang terkenal dengan air terjun yang airnya dipercayai dapat membuatkan kita awet muda....airnya amat jernih dan sejuk..tak pernah saya melihat air yang sejernih itu.....berenti sekadar seketika dan ambil air cuci muka dan bergambar....saja...Sepanjang perjalanan itu...kami melihat wujudnya satu jalan keretapi yang seakan-akan selari dengan jalanraya yang kami lalui...menurut pak zainal...jalan keretapi itu tidak lagi digunakan pada masa kini kerana ia suatu ketika dahulu digunakan untuk mengangkut arang batu dari kawasan yang bukit tinggi ke kawasan pelabuhan di Padang..jalan ini dibina oleh pihak Belanda yang memerintah Indonesia selama hampir 300 tahun lamanya...(bertuahlah jalan keretapi itu kerana ia terletak di sini dan bukan di Malaysia...kalau tidak dah lama tinggal batu saja..semuanya akan dicuri dan dijual kepada keling botol...kata pak zainal ..jalan tu masih wujud sampai hari ini kerana rakyat tempatan menganggap ia sebagai warisan sejarah mereka...bertuahlah mereka..kalau di Malaysia...hehehe..agak-agak ada lagi tak?????..kot tak dak kedai besi buruk kot di sana?????)..pemandangan sepanjang perjalanan tu agak menarik juga dengan hutan tebal..jalanraya yang kecil dan bengkang-bengkok macam jalan lama ke Pengkalan Hulu di Perak...dan di selang selikan dengan jalan keretapi dan jambatan yang berbentuk macam Jambatan Merdeka di sempadan Kedah dan Pulau Pinang tu...Pak zainal yang menjadi guide kami memberitahu bahawa terdapat banyak pokok orkid hutan di sepanjang perjalanan kami ke bukit tinggi..di dalam hutan ini juga terdapat spesis bunga bangkai yang dikenali sebagai raflesia .....kami juga diberitahu yang terdapatnya sejenis pokok bunga yang disebut "panggil...panggil" yang ramuan airnya harus diminum oleh para isteri yang mahukan suami mereka yang pergi merantau sentiasa teringatkan mereka....Bas yang membawa kami singgah di satu kawasan perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Minangkabau yang terdapat dalamnya sebuah rumah adat...minangkabau..kami diberikan taklimat dan penerangan tentang rumah adat dan selok belok kehidupan masyarakat minangkabau yang mana wanita mewarisi harta pusaka....yang memberikan wanita hak yang istimewa dalam keluarga....antaranya beliau menyatakan yang bilangan bilik dalam rumah adat adalah berdasarkan kepada berapa bilangan anak perempuan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga....manakala anak-anak lelaki tidak diberikan bilik langsung...(besar setiap bilik lebih kurang 4 X 8 kali saja...) anak lelaki diajar berdikari sejak kecik lagi...seawal usia 10 tahun ...mereka akan tidur di surau atau masjid...suku yang jaga...di situlah mereka belajar agama dan selok belok kehidupan...gunanya ialah supaya bila anak lelaki tu membesar...mereka akan pergi merantau dan bekerja sebab mereka tidak punya apa-apa keistimewaan mahupun harta untuk diwarisi....(patutlah dalam cerita malim kundang...bapanya keluar merantau tak pulang-pulang sampailah anaknya dewasa...dan sianak juga pergi merantau....cuma bezanya si anak itu pulang dan kerana malu nak mengaku ibunya yang tua dan serba kurang tu...dia jadi anak derhaka...yang dengan kuasa Allah SWT menjadi batu termasuk dengan isi kapalnya sekali)....katanya lagi...susunan masyarakat minangkabau berbeza dgn masyarakat suku kaum lain ...sebagai contohnya masyarakat Batak di danau toba di medan yang memberikan keistimewaan pada lelaki yang menyebabkan yang keluar bekerja adalah wanita...lelaki pula boleh rehat-rehat sambil main gitar...kesannya ialah orang lelaki minangkabau pandai bekerja dan banyak merantau serta arif ilmu agama manakala satu lagi tu..pandai main muzik dan menyanyi...

1 comment:

tulislah apa saja yang bermakna buat semua yang membaca...