Friday, August 21, 2009

salam ramadhan


Hari ini hari pertama umat Islam di Malaysia dan negara-negara lain berpuasa... pada saya suatu kegembiraan dan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya pada hari ini saya masih bernafas dan diberikan peluang untuk terus hidup dan memberi ruang waktu untuk saya melakukan ibadah pada tahap yang terbaik...


Juga saya melafazkan rasa syukur dalam hati kerana pada akhir syaaban...kediaman saya dikunjungi oleh ibu dan bapa , adik dan adik ipar dan anak saudara...kami pergi solat jumaat bersama-sama di masjid sg adam..makan tengahari pada tahap mewah (penuh dengan makanan yang lazat masakan ibu saya yang memang pandai memasak...hehehe...)...dan sempat juga kami minum petang bersama dengan pizza hawaian chicken (kegemaran kami sekeluarga) dan cucuq cempedak kesukaan isteri saya...


Walaupun sejak beberapa minggu terutamanya dua minggu kebelakangan ini saya amat sibuk dengan tugasan di sana dan sini ...namun sehari dua sebelum ramadhan menjelma saya telah diberikan sedikit kesempatan untuk merasa lapang dari kesibukan yang terlampau itu..semuanya ini kuasa Allah jua...


Lafaz syukur mewarnai hari-hari menjelang ramadhan ....saya sebagai insan kecil di bumi Allah ini diberikan rahmat yang tiada terhitung nilainya..kesihatan yang baik...keluarga yang bahagia ...(punya seorang isteri yang memahami perangai saya dan 3 orang anak lelaki yang comel dan cerdas berusia 8, 6 dan 4 tahun)...ahli-ahli keluarga yang penyayang dan sering mengambil berat akan kebajikan sesama kami...rakan-rakan sekerja di sekolah yang baik dan selalu menolong tanpa banyak kerenah...para pelajar yang sentiasa mahu mengikut arahan, tunjukajar dan banyak memudahkan tugasan saya sebagai pendidik...dan lebih bermakna lagi dengan kehadiran rakan-rakan di rangkaian facebook yang sentiasa budiman dan kehadiran seorang adik angkat (Mohd Khairil Faisal..pelajar Universiti Malaya) dan 3 orang anak angkat (Muhd Hafiz ..pelajar tahun satu Universiti Malaysia Pahang...Mohd Hafiz ..pelajar tahun dua Universiti Islam Antarabangsa dan Lasker Goh..lulusan Politeknik Ungku Omar....yang sedang mencari pekerjaan)...semua ini adalah anugerah dan suatu legasi yang amat bermakna dalam kehidupan saya...

1 comment:

  1. sometimes this life is hard..n i felt...sometimes this life is suck..n i cry..but the best thing is when this is meaningfull...when u beside me...tq for being apart of my life...tq for make my life more live...most thankfull for being a best dad that i ever had...love you dad...

    ReplyDelete

tulislah apa saja yang bermakna buat semua yang membaca...